PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU LELAKI
- Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang.
- Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi.
- Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan sampin dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.
- Baju Kurung Cekak Musang merupakan pakaian adat Negeri Sembilan dari songket jalur berdiri. Pakaian ini diperlengkap dengan sampin bunga penuh dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah.
- Manakala Baju Kurung Teluk Belanga dilengkapi dengan tenunan sutera dan songket sarat ikatan pembesar.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU PEREMPUAN
- Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan.
- Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.
- Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. ---Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus.
- Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.
- Kebaya ada pelbagai gaya.
- Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU LELAKI
- Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang.
- Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi.
- Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan sampin dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.
- Baju Kurung Cekak Musang merupakan pakaian adat Negeri Sembilan dari songket jalur berdiri. Pakaian ini diperlengkap dengan sampin bunga penuh dan tengkolok ikatan Dendam Tak Sudah.
- Manakala Baju Kurung Teluk Belanga dilengkapi dengan tenunan sutera dan songket sarat ikatan pembesar.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA LELAKI
- Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
- Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina.
- Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.
- Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA PEREMPUAN
Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya. Motif-motif tersebut mempunyai makna-makna tertentu dan hanya dapat dikenakan kaum sosial tertentu sahaja:• PeonySelama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga yang juga menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan kesejahteraan
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA LELAKI
- Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
- Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina.
- Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.
- Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA PEREMPUAN
- TerataiDalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci.
- Bunga krisanBagi masyarakat china, bunga krisan adalah perlambang panjang umur.
- IkanIkan juga merupakan lambang kesejahteraan.
- BurungMotif burung adalah lambang kecantikan dan kemurnian. Namun motif burung tertentu melambangkan kelas sosial pemakainya. Burung phoenix misalnya, hanya bisa dikenakan oleh keluarga inti kerajaan. Misalnya permaisuri dan putri kaisar. Motif burung merak bisa dikenakan wanita bangsawan tingkat dua, sedangkan motif bebek mandarin bisa dikenakan kelas sosial berikutnya.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Seperti masyarakat lain di Malaysia,kaum India juga tidak terlepas daripada mempunyai pakaian tradisional mereka yang tersendiri.Berikut adalah beberapa contoh pakaian kaum India yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.• SARISari merupakan pakaian tradisional India. Ia adalah sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang yang dipadankan dengan dengan kain dalam yang warnanya sama atau seakan-akan sama dengan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau setentang dengnannya.Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada terlucut.
• SALWAR KAMEEZ Pakaian salwar kameez atau lebih dikenali dengan panggilan Baju Punjabi merupakan pakaian yang begitu popular di kalangan kaum wanita di utara India. Ia terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar serta tudung kepala yang sesuai warnanya.• KURTAKurta adalah sejenis pakaian labuh yang dipakai oleh kaum lelaki di India pada majlis-majlis rasmi dengan labuhnya di bawah atau di atas paras lutut si pemakainya. Masyarakat India lazimnya mengenakan kurta dengan salwar atau seluar panjang. Kebiasaannya kurta diperbuat daripada kain kapas atau linen.• DHOTIDhoti juga merupakan salah satu pakaian kasual bagi kaum lelaki di India.Dhoti berbentuk segi empat tepat dan tidak berjahit.Panjangnya menghampiri 5 ela dan dapat membaluti seluruh pinggang si pemakainya.Dhoti biasanya dipadankan dengan kurta iaitu sejenis baju yang labuh.
PAKAIAN TRADISIONAL BABA NYONYA
Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campure seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.
Pendatang Cina yang berkahwin dengan penduduk Melayu selalunya memakai pakaian kebaya yang anggun. Baju buatan tangan ini memerlukan kepakaran bagi menyulam corak-corak yang kelihatan seakan-akan renda yang halus. Hiasan utama baju kebaya adalah sulaman tebuk lubang di mana garisan corak motif bunga di jahit manakala bahagian tengah dasar kain yang tidak terjahit pula ditebuk lubang.Oleh hal yang demikian, menghasilkan hiasan yang seakan-akan renda yang halus, yang dikenakan pada bahagian leher, lengan, hujung blaus serta dua bucu segitiga di bahagian depan baju yang dikenali sebagai lapik.Hingga ke hari ini masih terdapat banyak kaum Nyonya yang memakai kain sarung dan kebaya. Pakaian nyonya merupakan satu simbol identiti bagimasyarakat Baba. Pakaian ini dapat membezakan kaum Baba dari Cina dan Baba yang lumrahnya memang tidak memakai sarung dan kebaya.Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat Cina bukan Baba mula berjinak – jinak dengan sarung sehingga sebilangan kecil masyarakat Cina bukan Baba telah dapat menyesuaikan diri dengan memakai sarung.Masih terdapat perbezaan di antara di dalam pemakaian masyarakat Baba dengan masyarkat Cina di mana kebaya yang dipakai masyarakat Baba memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang yang mana budaya yang diwarisi masyarakat Melayu tidak mempunyai butang.
PAKAIAN TRADISIONAL BABA NYONYA
Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campure seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.
PAKAIAN TRADISIONAL SARAWAK
Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pasa pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalinan manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.
Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional bagi lelaki Melayu. baju ini dipadankan dengan samping songket tenunan Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju Kurung dan kain sarung songket serta tudung kerengkam. Lelaki Melanau pula memakai baju satin hitam yang digandingkan dengan samping broked dan hiasan kepala kopiah Jawa. Wanitanya memakai Bajau Baban lengan lebar berwarna hitam dan kain songket Sarawak serta hiasan diri dari emas dan perak juga.
- Pakaian Lelaki Iban
Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.Pakaian Perempuan IbanWanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi.
PAKAIAN TRADISIONAL SARAWAK
Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pasa pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalinan manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.
Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional bagi lelaki Melayu. baju ini dipadankan dengan samping songket tenunan Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju Kurung dan kain sarung songket serta tudung kerengkam. Lelaki Melanau pula memakai baju satin hitam yang digandingkan dengan samping broked dan hiasan kepala kopiah Jawa. Wanitanya memakai Bajau Baban lengan lebar berwarna hitam dan kain songket Sarawak serta hiasan diri dari emas dan perak juga.
- Pakaian Lelaki Iban
- Pakaian Perempuan orang Ulu
Banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya.
- Pakaian lelaki Bidayuh
Baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.Pakaian lelaki Melanau
Dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa.
Pakaian Perempuan Melanau
Pakaian pengantin zaman silam Serebaeng atau Bajo Baban ini digayakan wanita Melanau berketurunan Sembilan Pikul. Bajunya dari kain satin atau baldu dan selendang yang dihiasi kepingan perak dan emas. Kain sarung songket jong sarat dan memakai tali pinggang serta pending.
Banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya.
- Pakaian lelaki Bidayuh
Dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa.
Pakaian Perempuan Melanau
Pakaian pengantin zaman silam Serebaeng atau Bajo Baban ini digayakan wanita Melanau berketurunan Sembilan Pikul. Bajunya dari kain satin atau baldu dan selendang yang dihiasi kepingan perak dan emas. Kain sarung songket jong sarat dan memakai tali pinggang serta pending.
No comments:
Post a Comment