ADAT
RESAM ORANG MELAYU
KELAHIRAN
- Adat resam kelahiran Wanita yang mengandungkan anak
sulung akan menjalankan upacara melenggang perut oleh seorang bidan .Adat
ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
- Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mempunyai
kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.Adat ini
dijalankan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa
wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di
dalam perut.
- Bidan akan menyambut bayi dengan jampi
serapah dan daun sirih akan disemburkan kepada bayi itu. Selepas bayi
dibersihkan, tali pusat bayi akan dipotong dengan menggunakan sembilu
buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah
tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas.
KEMATIAN
- keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam agar
kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di
sekitar kawasan itu.Mayat akan ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan
sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya
pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada.
Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan
kemenyan akan dibakar.
- Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat
dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak
menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di
rumah atau di masjid.
- Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang
wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan
maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa
terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana
hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun
si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati.
PANTANG
LARANG ORANG MELAYU
PERKHAWINAN
- Apabila telah
ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang larang buat
bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk kebaikan
diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu
budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman
sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika
apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
- Pantang larang
bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum
diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan
untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam.
Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.Psangan
tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk
menjaga nama baik keluarga.
- pasangan
dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau oleh mereka yang
mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa
bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga
dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri
dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan air besar
serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan
organ seks.
- Pasangan perlu
elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan
tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa
rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri
bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
- Orang-orang
tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar
pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku
sesuatu kejadian yang tidak baik.
MENGANDUNG
- Masyarakat
melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk
mereka yang mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang
mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang untuk memaku
atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang. Mereka juga
dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang
untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan
ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu yang
mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian,
menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini adalah
untuk keselamatan anak yang di kandung.
ADAT RESAM ORANG CINA
KELAHIRAN
- Wanita-wanita Cina yang baru
melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu
tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi
yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya.
Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk
mengeringkan tali pusat.
- menggunakan sejenis arak yang
dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut
dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng.
Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada
badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga.
- Nama orang Cina terdiri dari 3
perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili
nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga
pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.Nama yang diberi haruslah
mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan
kesejahteraan.
KEMATIAN
- Selepas mayat dimandikan,mayat
akan disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk
mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya
mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian
tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan.
- Ahli keluarga, saudara-mara dan
sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati.
Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat dan diselitkan dengan kata-kata
yang menunjukkan si mati telah membuat banyak jasa apabila si mati
diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan.
- Semasa mengiring mayat dari
rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya.
Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju
berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang
dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga
dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati
adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi.
PANTANG LARANG ORANG CINA
PERKHAWINAN
- Bakal pengantin tidak digalakkan
untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis
perkhawinan.
- Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak
digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau.
- Dalam bilik tidur bakal pengantin
baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa
dan bukannya sudut bilik.
- Nombor genap sering digunakan dalam
majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis
perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah
perkhawinan yang tidak sah.
PERAYAAN
TAHUN BARU CINA
1.
Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini
masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja
Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat
dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa cina
mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.
2.
Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah
orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari
raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau “ong”
yangada.
3.
Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan
ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah
pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati
ketika melakukan kerjarumah.
4.
Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum
hari Tahun Baru Cina paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan
perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul
bagi merayakannya.Biasanya baga orang tua,mereka rasa bahawa walau
sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun
urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.
5.
Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak
sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu
ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa
ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut.
6.
Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian
tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut
dilupakan.Kami masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan
pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu
perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang
cina.
7.
pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi
pasangan yang sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada
kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.Malah, sekiranya individu berkenaan
sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat
pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada
individu-individu.
8.
Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk
membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak
beradab.Baginya saya, walaupun zaman semakin moden berbanding dengan
dahulu,perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh
dipandang rendah.Adat resam yang diperturunkan patut mengekalkan dan memberi
tahu kepada generasi yang akan datang.
MENGANDUNG
1.Dilarang makan daging
arnab Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir
arnab.
2. Dilarang makan daging anjing
jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa
menyusui bayi barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.Barulah bayi tidak
asyik mengeluarkan air liuh.Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran
bayi.Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.Ibu tidak mudah mengimbangi
diri .Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.Upacara perkahwinan
akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.
3. Dilarang makan daging ayam
jantan.
4. Dilarang makan ketam.
5. Dilarang makan makanan yang
bersifat sejuk. seperti ais-krim,tembikai.
6. DIlarang mengambil gunting
atau penyepit kuku
7. DIlarang mengangkat tangan
melebihi paras bahu.
8.Dilarang tepuk bahu ibu.
9.Dilarang menyidai
baju.Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.
10.Dilarang menghadiri upacara
perkahwinan.
ADAT
RESAM ORANG INDIA
KELAHIRAN
- sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan
tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu
sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Bayi
yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada
lidahnya. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak
lenga dan mambu juga kadangkala digunakan untuk kecantikan dan supaya bayi
tidak diserang sebarang penyakit.
- Sebelum bayi dibawa masuk ke
rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelak bala atau sebarang
malapetaka dariapada berlaku.Ibu dan bayi akan diasingkan dari ahli
keluarga dan orang luar dilarang melawat kecuali untuk tujuan perubatan
selama dua minggu.
- Amalan mendodoi bayi
merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara
mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah.
Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita
nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna.
KEMATIAN
- Kepala mayat dihadapkan ke arah
selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang
dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang
diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai
simbol ketenangan jiwa si mati.
- Serbuk suci atau tiruniiru
disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang.mayat akan dibalut dengan
menggunakan kain dan kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan
seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan
dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas.
Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar
supaya tidak berbau.
- Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia, si isteri akan duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain.
PERKHAWINAN
Perkahwinan kaum india
di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam
,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang
larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan Pantang larang semasa
merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik.
Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan
dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.
- Selain itu, sebelum majlis
perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat
berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan
bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan
lancar .
- Jika jamuan perkahwinan
dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para
tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging
lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
- Kesimpulannya ,pada zaman modem
sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang
diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan
tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .
PERAYAAN DEPAVALI
- Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh
semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan
gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang
bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam
kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga
dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’
dan ‘kebahagian’.
- Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan
berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan
tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang
pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa
kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun
beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di
hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua
penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai
tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.
- Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun
pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka
perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap
ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut
kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges
untuk tujuan membersihkan diri dari kejahatan dan sifat dengki.
- Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang
garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai
pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan.
Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan
ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi
mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli
keluarga yang telah meninggal dunia.
MENGANDUNG
Bagi masyarakat India,terdapat
beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung.
1.
Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam
2.
Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
3.
Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti
mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
- Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu
menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.Masyarakat
India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang
pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi
yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir
dan menyebabkan dia terkejut.